SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEK KEB AYER LANAS

Thursday, 1 March 2018

TAKLIMAT PENGGUNAAN FORGVLE OLEH UNICLIQ



Taklimat tentang penggunaan FrogVLE telah diadakan oleh pihak UniCLIQ kepada semua murid-murid dan guru-guru pada 1 Mac 2018. Murid-murid dan guru-guru telah diberitahu tentang kelebihan menggunakan VLE semasa sesi pdpc. Diharapkan selepas ini lebih ramai lagi murid-murid dapat menggunakan VLE semasa pdpc.

Wednesday, 28 February 2018

PROGRAM BICARA SETEM DAN FILATELI (KESEF)


Program jalinan antara SKAL dan Pos Malaysia Bhd, iaitu "BICARA SETEM DAN FILATELI (KESEF) telah diadakan pada 28 Februari 2018. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang penggunaan setem dan jenis-jenis setem yang telah disediakan oleh Pos Malaysia Bhd. Pihak Pos Malaysia juga mengadakan pameran berkaitan dengan setem-setem. Terima kasih diucapkan kepada Pihak Pos Malaysia kerana telah sudi berkunjung ke SKAL.

Sunday, 25 February 2018

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2018



Pelancaran Program Nilam 2018 telah diadakan pada 25 februari 2018. Terima kasih diucapkan kepada En Azham b Abd Aziz, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ayer Lanas, kerana telah hadir untuk menyempurnakan perasmian Pelancaran Program Nilam 2018.