SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEK KEB AYER LANAS

Monday 22 January 2018

MAJLIS PERLANTIKAN PENGUATKUASA SEKOLAH









Majlis perlantikan penguatkuasa sekolah telah diadakan pada 22 Januari 2018 bertempat di Dewan Gemilang SKAL. Sebanyak 5 kumpulan penguatkuasa sekolah telah tubuhkan, iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya, dan Ketua serta Penolong Ketua Kelas.

Thursday 18 January 2018

PROGRAM MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2018



Program merentas desa peringkat sekolah telah diadakan pada 18 Januari 2018. Sebelum merentas desa semua murid-murid dan warga SKAL melakukan senamrobik beramai-ramai di dataran sekolah. Murid-murid yang terlibat dengan senamrobik adalah murid tahun 2 hingga tahun 6. Manakala murid-murid tahun 1 pula melakukan aktiviti mewarna di Dewan Gemilang SKAL.

Wednesday 17 January 2018

MAJLIS JASAMU DIKENANG PKP DAN PK HEM


Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan khas untuk PK Pentadbiran, Pn Hjh Nooriah bt Ishak dan PK HEM, Pn Nik Norani bt Nik Kob telah diadakan pada 17 Januari 2018. Pn Hjh Nooriah telah berpindah ke SK Batu Gajah, Tanah Merah dan Pn Nik Norani pula berpindah ke SK Gemang, Jeli. Semoga Pn Hjh Nooriah dan Pn Nik Norani akan meneruskan kecemerlangan di tempat baharu.