SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEK KEB AYER LANAS

Wednesday 28 February 2018

PROGRAM BICARA SETEM DAN FILATELI (KESEF)


Program jalinan antara SKAL dan Pos Malaysia Bhd, iaitu "BICARA SETEM DAN FILATELI (KESEF) telah diadakan pada 28 Februari 2018. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang penggunaan setem dan jenis-jenis setem yang telah disediakan oleh Pos Malaysia Bhd. Pihak Pos Malaysia juga mengadakan pameran berkaitan dengan setem-setem. Terima kasih diucapkan kepada Pihak Pos Malaysia kerana telah sudi berkunjung ke SKAL.

Sunday 25 February 2018

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2018



Pelancaran Program Nilam 2018 telah diadakan pada 25 februari 2018. Terima kasih diucapkan kepada En Azham b Abd Aziz, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ayer Lanas, kerana telah hadir untuk menyempurnakan perasmian Pelancaran Program Nilam 2018. 

Wednesday 14 February 2018

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2018






PERJUMPAAN BERSAMA IBUBAPA TAHUN 6 KALI PERTAMA 2018


Perjumpaan bersama ibubapa Tahun 6 telah diadakan pada 14 Februari 2018 pada jam 8.30 pagi. Kehadiran para ibubapa adalah amat memberangsangkan dan patut dipuji. Ini menunjukkan ibubapa sangat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak. Pada majlis itu juga ibubapa telah bentangkan tentang KPI UPSR dan perancangan program-program yang disusun oleh jawatankuasa kecemerlangan supaya murid-murid mendapat keputusan yang cemerlang semasa UPSR nanti.

Saturday 10 February 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40, TAHUN 2018



Terima kasih kepada En Ahmad Khairuddin Abdul Rahim. Executive Director Manufacturing Development, MIDA, kerana sudi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Syer Lanas kali ke-40, 2018 yang telah diadakan pada 10 Feb 2018, jam 2 petang di Dewan Bestari SKAL.

PROGRAM SUKANEKA BERSAMA MIDA




Program sukaneka bersama MIDA telah diadakan pada 10 Feb 2018 bertempat di padang SK Ayer Lanas. Pelbagai acara yang telah dipertandingkan, seperti terompah gergasi, mengisi air dalam botol, boling kelapa, sepak takraw, bola jaring, dan tarik tali. Terima kasih kepada para ibubapa yang telah hadir untuk memeriahkan program sukaneka tersebut.

Terima kasih juga kepada pihak MIDA kerana telah menyumbangkan hadiah-hadiah dan perbelanjaan untuk program sukaneka tersebut. Juga berbanyak terima kasih kepada Dato' Pa kerana sudi hadir pada program tersebut dan seterusnya melakukan gimmik perasmian penyerahan wang Bantuan Awal Persekolahan kepada pihak sekolah.

Monday 5 February 2018

SENAMROBIK BERSAMA MILO



Terima kasih kepada pihak Nestle (MILO) kerana telah datang ke sekolah pada 5 FEB 2018, dengan mengadakan aktiviti senamrobik bersama-sama murid dan mengagihkan minuman MILO kepada semua murid-murid secara percuma.

Thursday 1 February 2018

MAKLUMAN : PESTA BUKU AYER LANAS 2018


Pesta buku SK Ayer Lanas akan diadakan lagi pada tahun ini pada 28 Mac hingga 30 Mac 2018 25 April hingga 27 April 2018. Seperti tahun-tahun sebelum ini pesta buku ini adalah diadakan dengan kerjasama PSS SKAL bersama Kedai Buku Banggol. Selain jualan buku-buku, juga akan diadakan pertandingan mewarna kepada semua murid-murid.  Datanaglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi pesta buku ini.