Pendaftaran murid-murid tahun satu telah diadakan pada 27 Disember 2017. Pada sesi tersebut para ibubapa telah diberi taklimat tentang program yang akan dijalankan pada awal persekolah khas untuk murid tahun 1, contohnya seperti minggu transisi selama 3 minggu. Pihak klinik kesihatan juga mengambil kesempatan untuk memberi penerangan dan mengedarkan borang maklumat kesihatan untuk murid-murid tahun 1.