Sunday, 25 March 2018
OLAHRAGA MSSD JELI
Tahniah kepada adik Ahmad Yusri Bin Saadin kerana telah mendapat tempat kedua bagi acara lompat jauh yang telah berlangsung pada 12 hingga 14 Mac lepas di SMK Jeli. Tahniah diucapkan.
Wednesday, 14 March 2018
PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2018
Program Pendidikan Pencegahan Dadah 2018 telah diadakan pada 13 Mac 2018. Program ini adalah program bersama antara Unit PPDa SKAL, Unit kaunseling SKAL dan AADK Jeli. Terima kasih kepada Pn Noraisyah bt Ameer, Penolong Pegawai Antidadah Jeli kerana sudi hadir dan berkongsi maklumat dengan warga SKAL.
Tuesday, 6 March 2018
SOLAT HAJAT PERDANA FASA 1
Solat hajat perdana fasa 1 yang melibatkan murid-murid tahun 6 telah diadakan pada 5 Mac 2018, bertempat di surau sekolah. Selepas solat Isya' berjamaah, para guru dan ibubapa melakukan solat hajat untuk mendoakan kejayaan anak-anak didalam peperiksaan Ujian Bulanan 1 yang akan berlangsung pada 6 hingga 8 Mac 2018.
Subscribe to:
Posts (Atom)